25/08/2011 MPPU mengumumkan keputusan undian bagi perlantikan jawatan bagi MPPU 2011/2012. Siti Fatimah binti Hapsi iaitu Naib Bendahari bagi MPPU telah membacakan penyata kewangan pra-universiti junior 2010/2011. Keputusan undian adalah seperti berikut: Yang di-Pertua : Mohamad Fitri bin Kasban Timbalan yang di-Dipertua : Zakiah Hanim binti M.Noh Naib yang di-Pertua : Effi Farhana binti A.Rashid Setiausaha : Nuur Syafawani binti Zaini Naib Setiausaha : Muhd Nur Azali bin Muhd Jabbar Bendahari : Nurul Syafiqa binti Md Noor Setelah itu, mantan yang di-Pertua Muhd Taufiq dikehendaki menyampaikan ucapan. Ucapan guru penolong kanan Pra-Universiti, Tuan Hj.Abd Razak bin Nasiran dan akhir sekali ucapan yang di-Pertua bagi 2011/2012 yang baru dilantik. Labels: Laporan
|
|
16 Jun 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Pra Universiti Tahun 2009 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke SMK Benut. Pihak pengurusan dan pentadbiran Pra Universiti SMK Benut telah membuat perubahan besar dalam meningkatkan imej dan identiti pelajar Pra Universiti pada tahun ini iaitu dengan menukarkan lencana, uniform dan pertukaran nama kelas. Tahniah juga SMK Benut kerana dipilih menjadi Sekolah Pusat Tingkatan Enam Daerah Pontian. Berikut perubahan-perubahan yang telah dilakukan :
Direkabentuk oleh: Pn. Misslina Binti Jelani Reka bentuk keseluruhan : Logo Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) terdiri daripada lengkungan satu garisan tebal membentuk sebiji nanas, sebuah buku yang terbuka di bahagian bawah, perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut beserta 3 buah buku yang terbuka di bahagian atas. Lengkungan rekabentuk keseluruhan logo MPPU digambarkan sebagai sebiji buah nanas, adalah pengenalan bahawa MPPU SMK Benut terletak di dalam daerah Pontian, yang pernah menjadi pengeluar nanas terbesar di dunia. Dari sumber asli kepada satu rekabentuk kontemporari - adalah bersesuaian dengan MPPU yang mempunyai imej dan watak baru dengan mengekalkan nilai-nilai tradisional. Sebuah buku terbuka di bahagian bawah menunjukkan MPPU sebagai wadah pencarian ilmu dan pertanggungjawaban kepada tiap-tiap manusia berilmu buat menzahirkan kebenaran, membentuk sikap berani tampil ke muka umum bagi menerajui kepimpinandi pelbagai peringkat. Perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut memberikan maksud bahawa kekuatan kepercayaan kepada Tuhan dan keutuhan jatidiri bagi setiap warga siswa dan siswi MPPU SMK Benut sebagai satu nilai trampil yang utama. Ia menjadi satu simbul kebanggaan produk SMKB selain kejayaan dalam bidang pendidikan. 3 buah buku terbuka di bahagian atas yang membentuk pucuk nanas adalah petunjuk bahawa hanya dengan keimanan, memuliakan ilmu pengetahuan, dan amalan nilai-nilai hidup yang murni sahaja, baru akan terbina satu keperibadian nasional bagi membangun negara ke persada dunia. Warna: Logo ini mengandungi 3 warna utama; 1. Ungu – menunjukkan kematangan dalam meneroka kecemerlangan dalam menimba ilmu pengetahuan dalam lingkaran dunia global. 2. Oren – menunjukkan suasana pembelajaran di SMK Benut yang harmoni, segar, penuh cahaya seterusnya mendorong semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran ilmu. 3. Putih – menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan menjadikan warga MPPU sebagai insan berjiwa besar dan berhati bersih. Warna pakaian : 1. Coklat – lambang kekuatan semangat, tetap cita-cita, berani menghadapi cabaran, dan cinta kepada penyelidikan dan kajian-kajian berbentuk ilmiah dan logik. 2. Emas – menjadi lambang nilai ilmu yang tinggi seperti nilai emas bahkan jika boleh ia disimpan pada suatu bekas, biarlah bekas itu juga berwarna dengan warna salutan emas. Disediakan oleh : Puan Misslina Binti Jelani
Blog ini secara rasminya telah dikuatkuasa penggunaannya oleh admin pertama (M. Sallehuddin Rashid 2010/2011) atas nasihat guru penasihat (Puan Misslina binti Jelani) pada hari Ahad 14 Ogos 2011 jam 8 pagi.
|