Laman Web Rasmi MPPU SMK Benut

Mukadimah
Selamat datang ke blog Majlis Perwakilan Pelajar SMK Benut. Sila klik butang navigasi di atas untuk membaca entri blog, mengimbau arkib lama, membaca profil kami dan memberi komen. Kunjungan anda amat kami hargai. Terima kasih.

- Moderator Blog MPPU SMK Benut
Pengenalan
Blog ini merupakan suara rasmi bagi MPPU SMK Benut, yang dahulunya lebih dikenali sebagai PERTINA. MPPU Smk Benut merupakan sebuah Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti yang diterajui oleh mahasiswa dan mahasiswi SMK Benut, Pontian. Persatuan ini merupakan persatuan yang aktif dalam visi menjadikan SMK Benut Hebat 2012!
Kudos
Basecodes by
Mary
Founded by
M. Sallehuddin
Hosted by
Blogger
Hubungi Moderator
M. Sallehuddin





Friday, April 6, 2012 @ 7:43 PM
Seminar Motivasi dan Integriti Ibu Bapa, Penjaga, Calon STPM, SPM dan PMR.

Pada 6 April 2012, bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut telah diadakan Seminar Motivasi dan Integriti Ibu Bapa, Penjaga, Calon STPM, SPM dan PMR. Pihak sekolah telah mengundang dua orang penceramah iaitu Tuan Haji Raof, Timbalan Menteri Pelajaran dan Encik Mohd Rizal Syam bin Suhaimi.

Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Selamat bin Haji Mon, guru Penolong Kanan SMK Benut. Majlis diteruskan lagi dengan seminar sesi pertama yang disampaikan oleh Tuan Haji Raof. Beliau menyampaikan ceramah mengenai integriti, tanggungjawab, amanah dan wawasan ibu bapa sebagai pemimpin keluarga serta ceramah mengenai panduan dan strategi kecemerlangan.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan pemasangan lencana Bintang-Ku kepada pelajar yang bakal mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seminar sesi yang kedua telah diteruskan oleh Encik Mohd Rizal Syam bin Suhaimi. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Kuasa Perubahan dan Mencipta Kejayaan. Beliau juga menyampaikan tips-tips yang berguna kepada para pelajar.

Seminar yang telah disampaikan sangat berguna kepada ibu bapa dan para pelajar. Semoga seminar ini dapat mengubah sikap pelajar supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu.