Laman Web Rasmi MPPU SMK Benut

Mukadimah
Selamat datang ke blog Majlis Perwakilan Pelajar SMK Benut. Sila klik butang navigasi di atas untuk membaca entri blog, mengimbau arkib lama, membaca profil kami dan memberi komen. Kunjungan anda amat kami hargai. Terima kasih.

- Moderator Blog MPPU SMK Benut
Pengenalan
Blog ini merupakan suara rasmi bagi MPPU SMK Benut, yang dahulunya lebih dikenali sebagai PERTINA. MPPU Smk Benut merupakan sebuah Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti yang diterajui oleh mahasiswa dan mahasiswi SMK Benut, Pontian. Persatuan ini merupakan persatuan yang aktif dalam visi menjadikan SMK Benut Hebat 2012!
Kudos
Basecodes by
Mary
Founded by
M. Sallehuddin
Hosted by
Blogger
Hubungi Moderator
M. Sallehuddin





Friday, May 18, 2012 @ 7:54 PM
Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Rendah 2012/2013.

Pada 8 Mei 2012, pelajar tingkatan 6 rendah telah mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Pelajar yang mendaftar di tingkatan 6 adalah daripada beberapa buah sekolah, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak dan lain-lain serta Sekolah Menengah Kebangsaan Benut sendiri. Minggu Suai Mesra Tingkatan 6 Rendah telah dimulakan pada hari tersebut dan berlangsung sehingga 18 Mei 2012.

8 Mei 2012, Selasa

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah dijalankan. Selepas sesi pendaftaran dijalankan Pengetua SMK Benut , En Mastura Aladdin bin Masro telah memberi taklimat kepada pelajar-pelajar baru yang masuk ke tingkatan 6. Tn Hj Abd Razak bin Nasiran selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 turut memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah.

9 Mei 2012, Rabu

Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Selepas itu, taklimat oleh Puan Hajah Azizah binti Omar selaku Guru Penolong Kanan Hem disampaikan. Pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam taklimat JPA yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

10 Mei 2012, Khamis

Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Taklimat kurikulum disampaikan oleh Puan Siti Murni binti Samsuri kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Selepas itu, taklimat kokurikulum pula disampaikan oleh Encik Mastura bin Amat. Puan Fadak binti Bachok turut memberi pendedahan tentang pengurusan kajian dan kolokium. Kemudian hala tuju pendidikan Pra Universiti telah disampaikan oleh Tn Hj Zakaria bin Tahir.

11 Mei 2012, Jumaat

Pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam budaya al-Quran. Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Puan Norliha binti Masori telah menyampaikan taklimat disiplin pada hari tersebut. Kemudian Encik Anishak bin Ahmad memberi taklimat mengenai pengisian inventori minat kerjaya.

14 Mei 2012, Isnin

Pada minggu kedua, pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam perhimpunan rasmi bersama pelajar-pelajar lain. Selepas perhimpunan, mereka diberikan taklimat mengenai sistem pentaksiran baru Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir. Selepas itu, taklimat mata pelajaran Bahasa Melayu disampaikan oleh Puan Yong Rafedah binti Abd Wahab. Taklimat mata pelajaran Sejarah turut disampaikan kepada pelajar-pelajar oleh Tuan Haji Rohman bin Sengkerah dan taklimat keselamatan jalan raya disampaikan oleh En Ismail bin Ali.

15 Mei 2012, Selasa

Pn Yazmin Syakilla binti Yaakob telah menyampaikan taklimat mata pelajaran Seni Visual kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Taklimat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif disampaikan oleh Encik Mastura binti Amat. Pn Siti Murni binti Samsuri turut memberi taklimat mengenai mata pelajaran Geografi dan taklimat mata pelajaran Pengajian Perniagaan disampaikan oleh Tuan Haji Abd Razak bin Nasiran. Pelajar-pelajar yang ingin menukar jurusan perlu memaklumkan kepada Tuan Haji Abd Razak bin Nasiran.

16 Mei 2012, Rabu

Pelajar-pelajar 6 bawah terlibat dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

17 Mei 2012, Khamis

Taklimat mata pelajaran MUET disampaikan oleh Tuan Haji Noordin bin Buang dan taklimat mata pelajaran Pengajian Am diberikan oleh Puan Roiza binti Jailani kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Selepas taklimat, pelajar-pelajar diberi peluang untuk memilih pakej mata pelajaran yang dikendalikan oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir manakala sistem maklumat murid disamapaikan oleh Cik Rohaida binti Ghani.

18 Mei 2012, Jumaat

Pelajar –pelajar tingkatan 6 rendah terlibat dengan budaya al-Quran. Setelah itu, pengagihan kelas kepada pelajar-pelajar dikendalikan oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir. Minggu Suai Tingkatan 6 Rendah telah berakhir setelah dua minggu berlangsung. Semoga semua pelajar tingkatan 6 rendah dapat menyesuaikan diri dengan baik di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut.




Wednesday, May 9, 2012 @ 7:59 PM
Taklimat JPA.

Pada 9 Mei 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Dr. Aris Bin Kasan bersama rombongannya sempena program beliau iaitu Program Kembara Psikologi Ke Zon Selatan.

Tepat jam 10.15 pagi, Sesi pertama telah dimulai dengan ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro. Seterusnya, Dr. Aris Bin Kasan memulakan ceramahnya tentang pentingnya mencapai cita-cita dalam hidup. Dalam ceramahnya, beliau menegaskan bahawa seseorang hendaklah mempunyai cita-cita, meningkatkan usaha dalam mencapai matlamat, mempunyai kejelasan matlamat dan mendominasikan emosi diri. Ceramah yang disampaikan oleh beliau tamat pada jam 11.30 pagi.

Sesi kedua pula bermula pada jam 12.00 tengahari. Sesi kedua diadakan khas untuk pelajar Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Bagi sesi kedua ini telah dikendalikan oleh ketua fasilitator iaitu Mohd Fauzi Bin Saad. Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan bahawa seseorang hendaklah mengubah sikap terlebih dahulu untuk menjadi seorang yang berjaya. Sikap seseorang perlu diubah melalui tiga aspek penting iaitu aspek tingkah laku, aspek kognitif, dan aspek emosi.

Program ini telah tamat pada jam 2.00 petang. Segala yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang positif kepada para pelajar Pra Universiti.