Pada 8 Mei 2012, pelajar tingkatan 6 rendah telah mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Pelajar yang mendaftar di tingkatan 6 adalah daripada beberapa buah sekolah, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak dan lain-lain serta Sekolah Menengah Kebangsaan Benut sendiri. Minggu Suai Mesra Tingkatan 6 Rendah telah dimulakan pada hari tersebut dan berlangsung sehingga 18 Mei 2012. 8 Mei 2012, Selasa Pendaftaran bagi kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah dijalankan. Selepas sesi pendaftaran dijalankan Pengetua SMK Benut , En Mastura Aladdin bin Masro telah memberi taklimat kepada pelajar-pelajar baru yang masuk ke tingkatan 6. Tn Hj Abd Razak bin Nasiran selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 turut memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. 9 Mei 2012, Rabu Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Selepas itu, taklimat oleh Puan Hajah Azizah binti Omar selaku Guru Penolong Kanan Hem disampaikan. Pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam taklimat JPA yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 10 Mei 2012, Khamis Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Taklimat kurikulum disampaikan oleh Puan Siti Murni binti Samsuri kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Selepas itu, taklimat kokurikulum pula disampaikan oleh Encik Mastura bin Amat. Puan Fadak binti Bachok turut memberi pendedahan tentang pengurusan kajian dan kolokium. Kemudian hala tuju pendidikan Pra Universiti telah disampaikan oleh Tn Hj Zakaria bin Tahir. 11 Mei 2012, Jumaat Pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam budaya al-Quran. Kehadiran pelajar diambil oleh guru-guru tingkatan 6 rendah. Puan Norliha binti Masori telah menyampaikan taklimat disiplin pada hari tersebut. Kemudian Encik Anishak bin Ahmad memberi taklimat mengenai pengisian inventori minat kerjaya. 14 Mei 2012, Isnin Pada minggu kedua, pelajar tingkatan 6 rendah turut terlibat dalam perhimpunan rasmi bersama pelajar-pelajar lain. Selepas perhimpunan, mereka diberikan taklimat mengenai sistem pentaksiran baru Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir. Selepas itu, taklimat mata pelajaran Bahasa Melayu disampaikan oleh Puan Yong Rafedah binti Abd Wahab. Taklimat mata pelajaran Sejarah turut disampaikan kepada pelajar-pelajar oleh Tuan Haji Rohman bin Sengkerah dan taklimat keselamatan jalan raya disampaikan oleh En Ismail bin Ali. 15 Mei 2012, Selasa Pn Yazmin Syakilla binti Yaakob telah menyampaikan taklimat mata pelajaran Seni Visual kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Taklimat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif disampaikan oleh Encik Mastura binti Amat. Pn Siti Murni binti Samsuri turut memberi taklimat mengenai mata pelajaran Geografi dan taklimat mata pelajaran Pengajian Perniagaan disampaikan oleh Tuan Haji Abd Razak bin Nasiran. Pelajar-pelajar yang ingin menukar jurusan perlu memaklumkan kepada Tuan Haji Abd Razak bin Nasiran. 16 Mei 2012, Rabu Pelajar-pelajar 6 bawah terlibat dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. 17 Mei 2012, Khamis Taklimat mata pelajaran MUET disampaikan oleh Tuan Haji Noordin bin Buang dan taklimat mata pelajaran Pengajian Am diberikan oleh Puan Roiza binti Jailani kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah. Selepas taklimat, pelajar-pelajar diberi peluang untuk memilih pakej mata pelajaran yang dikendalikan oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir manakala sistem maklumat murid disamapaikan oleh Cik Rohaida binti Ghani. 18 Mei 2012, Jumaat Pelajar –pelajar tingkatan 6 rendah terlibat dengan budaya al-Quran. Setelah itu, pengagihan kelas kepada pelajar-pelajar dikendalikan oleh Tuan Haji Zakaria bin Tahir. Minggu Suai Tingkatan 6 Rendah telah berakhir setelah dua minggu berlangsung. Semoga semua pelajar tingkatan 6 rendah dapat menyesuaikan diri dengan baik di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut.
|
Pada 9 Mei 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Dr. Aris Bin Kasan bersama rombongannya sempena program beliau iaitu Program Kembara Psikologi Ke Zon Selatan. Tepat jam 10.15 pagi, Sesi pertama telah dimulai dengan ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro. Seterusnya, Dr. Aris Bin Kasan memulakan ceramahnya tentang pentingnya mencapai cita-cita dalam hidup. Dalam ceramahnya, beliau menegaskan bahawa seseorang hendaklah mempunyai cita-cita, meningkatkan usaha dalam mencapai matlamat, mempunyai kejelasan matlamat dan mendominasikan emosi diri. Ceramah yang disampaikan oleh beliau tamat pada jam 11.30 pagi. Sesi kedua pula bermula pada jam 12.00 tengahari. Sesi kedua diadakan khas untuk pelajar Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Bagi sesi kedua ini telah dikendalikan oleh ketua fasilitator iaitu Mohd Fauzi Bin Saad. Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan bahawa seseorang hendaklah mengubah sikap terlebih dahulu untuk menjadi seorang yang berjaya. Sikap seseorang perlu diubah melalui tiga aspek penting iaitu aspek tingkah laku, aspek kognitif, dan aspek emosi. Program ini telah tamat pada jam 2.00 petang. Segala yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan impak yang positif kepada para pelajar Pra Universiti.
|
Pada 6 April 2012, bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut telah diadakan Seminar Motivasi dan Integriti Ibu Bapa, Penjaga, Calon STPM, SPM dan PMR. Pihak sekolah telah mengundang dua orang penceramah iaitu Tuan Haji Raof, Timbalan Menteri Pelajaran dan Encik Mohd Rizal Syam bin Suhaimi. Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Selamat bin Haji Mon, guru Penolong Kanan SMK Benut. Majlis diteruskan lagi dengan seminar sesi pertama yang disampaikan oleh Tuan Haji Raof. Beliau menyampaikan ceramah mengenai integriti, tanggungjawab, amanah dan wawasan ibu bapa sebagai pemimpin keluarga serta ceramah mengenai panduan dan strategi kecemerlangan. Setelah itu, majlis diteruskan dengan pemasangan lencana Bintang-Ku kepada pelajar yang bakal mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seminar sesi yang kedua telah diteruskan oleh Encik Mohd Rizal Syam bin Suhaimi. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Kuasa Perubahan dan Mencipta Kejayaan. Beliau juga menyampaikan tips-tips yang berguna kepada para pelajar. Seminar yang telah disampaikan sangat berguna kepada ibu bapa dan para pelajar. Semoga seminar ini dapat mengubah sikap pelajar supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu.
|
Pada 29/3/2012, Blog MPPU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Tn. Hj Ab Razak bin Nasiran. Pelancaran ini diadakan di Bilik Mesyuarat Guru dan dihadiri oleh semua pelajar Pra Universiti serta guru-guru Pra Universiti. Setelah Tn. Hj Ab Razak merasmikan Blog MPPU ini, beliau memberikan sedikit ucapan tentang pelancaran blog tersebut. Beliau mengucapkan tahniah kepada Puan Misslina Jelani kerana telah mengelola blog ini bersama ahli jawatankuasa Kelab Hobi Blogstarz. Beliau berharap pelajar Pra Universiti dapat menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi akademik dan tahap imej diri pelajar yang akan ke gerbang Universiti pada tahun hadapan. Kemudian Puan Misslina menerangkan lebih lanjut tentang Blog MPPU SMK Benut. Blog ini disediakan khas untuk pelajar-pelajar Pra Universiti kerana mempunyai pelbagai maklumat seperti laporan aktiviti MPPU SMK Benut, takwim sepanjang tahun, guru-guru Pra Universiti SMK Benut, nota dan latihan serta laman web berkaitan pendidikan. Beliau juga menjelaskan objektif penubuhan Blog MPPU SMK Benut adalah untuk melahirkan ahli kelab yang lebih terpimpin dalam pengurusan blog, memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri, serta kreatif dalam penulisan di samping menjana pendapatan melalui ruang maya.
|
Pada 7/3/2012, keputusan STPM 2011 telah dikeluarkan. Para pelajar Pra Universiti diminta hadir ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan STPM mereka pada jam 12.00 tengah hari.
Pelajar Pra Universiti SMK Benut diminta untuk mengambil keputusan mereka di Bilik Mesyuarat Guru SMK Benut. Sebelum memulakan pembahagian keputusan kepada para pelajar, Tuan Haji Ab Razak Bin Nasiran memberikan sedikit ucapan dan kemudian Encik Anishak sebagai guru kaunseling memberikan sedikit taklimat tentang proses kemasukan ke IPTA. Setelah itu, Tuan Haji Noordin mengumumkan pelajar terbaik STPM 2011 SMK Benut. Antara pelajar terbaik STPM 2011 SMK Benut ialah Muhammad Rizal binAbd Kader dengan mendapat 3A dan 1A-. Pelajarterbaik lain ialah Lee Ser Hui dengan mendapat 2A dan 2A-. Selain itu, Muhammad Sallehuddin bin Mohd Rashid juga sebagai pelajar terbaik STPM 2011 dengan mendapat 2A dan 2B+. Akhir sekali, keputusan STPM 2011 disampaikan kepada para pelajar STPM SMK Benut mengikut kelas masing-masing.
|
Pada 2 Februari 2012 , aktiviti mingguan MPPU yang diadakan ialah pertandingan melukis peta.Pertandingan ini diadakan semperna minggu geografi. Pertandingan dilakukan mengikut kelas pra universiti dan setiap kelas diwajibkan menyertainya. Pertandingan diadakan di kelas masing-masing. Setiap kelas diberikan bahan-bahan tertentu untuk melukis dan mewarna peta. Bahan-bahan yang digunakan ialah gabus, berus warna, warna mural, projector dan contoh peta. Mereka juga diberikan soalan mengenai subjek geogafi iaitu mengenali peta dunia. Setiap kelas hendaklah menghantar peta yang telah disiapkan dan soalan yang diberikan pada 9 Februari 2012. Pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama antara pelajar-pelajar sekelas dalam menyelesaikan sesuatu tugas yang diarahkan.
|
Pertandingan Komunikasi Berkesan yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Melayu yang diketuai Oleh Puan Suhaila Binti Aripin. Pertandingan ini diadakan pada 19/1/2012 selepas waktu P&P, semua ahli kumpulan MPPU yang diwakili oleh dua kumpulan kecil bagi setiap MPPU. Setiap kumpulan yang berjaya dipilih berdasarkan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Semua MPPU menghantar dua wakil kumpulan untuk bertanding ke peringkat akhir yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Guru. Kelapan-lapan kumpulan bertanding untuk merebut tempat pertama sehingga tempat ketiga. MPPU 4 berjaya mendapat tempat ketiga dan pertama bagi dua kumpulan yang menyertainya. Manakala, MPPU 1 telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Labels: Laporan
|
Majlis Restu Ilmu Pra Universiti telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut. Turut hadir di majlis ini Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua SMK Benut), Tuan Haji Abdul Razak Bin Nasiran (Penolong Kanan Pra Universiti), guru-guru Pra Universiti dan para pelajar Pra Universiti yang akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini.
Tuan pengetua telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada para pelajar Pra Universiti sebelum mereka menduduki peperiksaan STPM. Tuan Pengetua mengharapkan semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan keputusan 100 peratus lulus tercapai dan lebih ramai mendapat PNGK 4.00.
Sesudah amanat oleh Pengetua disampaikan, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah banyak membantu calon-calon STPM dalam pelbagai aspek. Tuan Haji Abdul Razak bin Nasiran telah mengiringi Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru Pra Universiti. Akhir sekali, selawat dimulakan dan para pelajar dikehendaki bersalam-salaman bersama guru-guru bagi memohon maaf dan restu sebelum menduduki peperiksaan yang akan menentukan masa depan mereka. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan semua pelajar Pra Universiti yang akan menduduki peperiksaan STPM yang akan bermula 21 November 2011. Semoga para pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang. Insyaallah. Labels: Laporan

By post:
Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Rendah 2012/2013
Taklimat JPA
Seminar Motivasi dan Integriti Ibu Bapa, Penjaga, ...
Pelancaran Blog MPPU SMK Benut
Keputusan STPM 2011
Pertandingan Melukis Peta
Pertandingan Komunikasi Berkesan MPPU
Majlis Restu Ilmu
Majlis Graduasi Pra Universiti SMK Benut Kali Pertama
Motivasi Pra-U
By month:
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
|
16 Jun 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Pra Universiti Tahun 2009 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke SMK Benut. Pihak pengurusan dan pentadbiran Pra Universiti SMK Benut telah membuat perubahan besar dalam meningkatkan imej dan identiti pelajar Pra Universiti pada tahun ini iaitu dengan menukarkan lencana, uniform dan pertukaran nama kelas. Tahniah juga SMK Benut kerana dipilih menjadi Sekolah Pusat Tingkatan Enam Daerah Pontian. Berikut perubahan-perubahan yang telah dilakukan :
Direkabentuk oleh: Pn. Misslina Binti Jelani Reka bentuk keseluruhan : Logo Majlis Perwakilan Pra Universiti (MPPU) terdiri daripada lengkungan satu garisan tebal membentuk sebiji nanas, sebuah buku yang terbuka di bahagian bawah, perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut beserta 3 buah buku yang terbuka di bahagian atas. Lengkungan rekabentuk keseluruhan logo MPPU digambarkan sebagai sebiji buah nanas, adalah pengenalan bahawa MPPU SMK Benut terletak di dalam daerah Pontian, yang pernah menjadi pengeluar nanas terbesar di dunia. Dari sumber asli kepada satu rekabentuk kontemporari - adalah bersesuaian dengan MPPU yang mempunyai imej dan watak baru dengan mengekalkan nilai-nilai tradisional. Sebuah buku terbuka di bahagian bawah menunjukkan MPPU sebagai wadah pencarian ilmu dan pertanggungjawaban kepada tiap-tiap manusia berilmu buat menzahirkan kebenaran, membentuk sikap berani tampil ke muka umum bagi menerajui kepimpinandi pelbagai peringkat. Perisai heksagon dengan lengkungan yang mengandungi lencana SMK Benut memberikan maksud bahawa kekuatan kepercayaan kepada Tuhan dan keutuhan jatidiri bagi setiap warga siswa dan siswi MPPU SMK Benut sebagai satu nilai trampil yang utama. Ia menjadi satu simbul kebanggaan produk SMKB selain kejayaan dalam bidang pendidikan. 3 buah buku terbuka di bahagian atas yang membentuk pucuk nanas adalah petunjuk bahawa hanya dengan keimanan, memuliakan ilmu pengetahuan, dan amalan nilai-nilai hidup yang murni sahaja, baru akan terbina satu keperibadian nasional bagi membangun negara ke persada dunia. Warna: Logo ini mengandungi 3 warna utama; 1. Ungu – menunjukkan kematangan dalam meneroka kecemerlangan dalam menimba ilmu pengetahuan dalam lingkaran dunia global. 2. Oren – menunjukkan suasana pembelajaran di SMK Benut yang harmoni, segar, penuh cahaya seterusnya mendorong semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran ilmu. 3. Putih – menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan menjadikan warga MPPU sebagai insan berjiwa besar dan berhati bersih. Warna pakaian : 1. Coklat – lambang kekuatan semangat, tetap cita-cita, berani menghadapi cabaran, dan cinta kepada penyelidikan dan kajian-kajian berbentuk ilmiah dan logik. 2. Emas – menjadi lambang nilai ilmu yang tinggi seperti nilai emas bahkan jika boleh ia disimpan pada suatu bekas, biarlah bekas itu juga berwarna dengan warna salutan emas. Disediakan oleh : Puan Misslina Binti Jelani
Blog ini secara rasminya telah dikuatkuasa penggunaannya oleh admin pertama (M. Sallehuddin Rashid 2010/2011) atas nasihat guru penasihat (Puan Misslina binti Jelani) pada hari Ahad 14 Ogos 2011 jam 8 pagi.
|
Klik mana-mana link yang tersiar di sini! Jika anda mahu menyiarkan link nota/soalan peperiksaan anda, sila email Moderator.
Nota info
Permainan tradisional
Contoh Surat Mohon Sumbangan
Physics
Biology
Chemistry
Mathematics S
Mathematics T
Nota pengajian am
artatika
dasar telekomunikasi
pensyarikatan malaysia
konsep dasar luar
zopfan
pengenalan beban perbelanjaan
rancangan kerjasama teknikal Malaysia
dasar halcara baru dalam pembangunan kampung dan luar
dasar luar(definisi)
dasar perindustrian berat
komanwel
dasar urbanisasi 1
dasar urbanisasi 2
dasar pembangunan negara
OIC
dasar sosial
peningkatan daya pengeluaran negara
dasar sains dan teknologi
pelan induk perindustrian
kerjasama ekonomi ASEAN
ASEAN
dasar wanita negara
model ekonomi baru
dasar luar dalam temppoh 1990
dasar luar malaysia
dasar ekonomi baru
maksud OIC
organisasi antarabansa
NAM(negara berkecuali)
PBB
dasar kependudukan
Nota bahasa melayu
Nota kesusasteraan melayu
Nota sejarah
Bahasa dan Tulisan Tamadun Awal
Konsep,Matlamat dan Prinsip Tamadun Awal
Nasionalisme di Tanah Melayu
Tips menjawab soalan sejarah 1&2
Nota geografi
Luluhawa
Nota pengajian perniagaan
Perkongsian
Belanjawan
Seni Visual
|
Tuan Haji Abdul Razak bin Nasiran Penolong Kanan Pra Universiti DG 48 Mengajar matapelajaran Pengajian Perniagaan Encik Mastura bin Amat Guru Koko DG 44 Mengajar matapelajaran Kesusasteraan Melayu dan Pengajian Am
Cik Azrahah binti Taha Guru Koko DG 44 Mengajar matapelajaran Muet
Encik Azmani bin Md Maskak Guru Akademik DG 44 Mengajar Matapelajaran Sejarah dan Pengajian Am
Encik Aw Koh Sai Guru Akademik DG 48 Mengajar Matapelajaran Matematik Tambahan dan Kimia
Encik Anishak bin Ahmad Kaunselor DG 44
Cik Rina binti Mokhsin Guru Akademik DG 44 Mengajar Matapelajaran Fizik
Tuan Haji Noordin bin Buang Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Muet
Tuan Haji Zakaria bin Tahir Guru Akademik DG 48 Mengajar matapelajaran Geografi dan Pengajian Am
Tuan Haji Mohd Rohman bin Sangkerah Guru Akademik DG 48 Mengajar matapelajaran Sejarah
Puan Yong Rafedah binti Abd Wahab Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Bahasa Melayu
Puan Roiza binti Jailani Guru Akademik DG 44 Mengajar Pengajian Am
Puan Norliha binti Masoori Guru Akademik DG 44 Mengajar Kesusateraan Melayu dan Bahasa Melayu
Puan Misslina binti Jelani Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Biologi
Puan Farizah binti Momen Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Muet
Puan Suhaila binti Aripin Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Geografi
Puan Siti Murni binti Samsuri Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Geografi
Puan Hajah Mazura binti Bakri Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Muet
Puan Fadak binti Bachok Guru Akademik DG 44 Mengajar Pengajian Am Puan Asiah binti Yamin Guru Akademik DG 44 Mengajar matapelajaran Pengajian Perniagaan
Pengasas
Muhammad Sallehuddin bin Mohd Rashid
Moderator
Uzwatul Akma binti Bahrodin
Editor
Uzwatul Akma binti Bahrodin
Daeng Perani bin Mohd Taufiq
Photographer
Abdul Aziz bin Abd Majid
Amirul Syukri
Nur Hafiqah binti Abd Razak
Reporter
Nurul Atikah binti Mislani
Nur Syakhira binti Jumain
Nurul Fitriani binti Pardi
Nur Effi Farhana binti Abd Rashid
Normilah
Norafidah binti Mahmod
Mohd Azam bin Samsudin
Mohd Haire bin Idzahar
Thivakharan A/L Thiagu
Mohd Syahril bin Mohd Noh
|
PROFIL MPPU SMK BENUT:
Yang di-Pertua: Mohamad Fitri Bin Kasban Timbalan Yang di-Pertua: (dlm proses pemilihan) Naib Yang di-Pertua: Effi Farhana Binti A Rashid Setiausaha: Nuur Syafawani Binti Zaini Naib Setiausaha: Mohd Noor Azali Bin Md Jabar Bendahari: Nurul Syafiqa binti Md. Noor Naib Bendahari: Abdul Aziz Bin Abd Majid Exco Pentadbiran: Nur Syazayatul Binti Md Said Siti Murniasyikin Binti Hisamudin Nursuriyani Binti Masek Exco Sukan: Shahrul Bariah Binti Aziz Muslimin Bin Tomeng Exco Kebajikan: Mohd Amierul Bin Mastor Muhammad Ridzwan Bin Roslan
|
Adopted Trees.
Jom sembang!
|
Link-link telah disediakan untuk memudahkan pelajar Pra Universiti untuk mencari maklumat dan informasi terkini.
Berry Berry Easy
Majlis Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
|
Blog ini telah disediakan takwim aktiviti kokurikulum pra-u senior dan pra-u junior SMK Benut bagi tahun 2012.
| | |